Ugak di sambut dengan penuh rasa gembira oleh penduduk Rumah Bujah.
PELAGUS: Ahad 17 FEBRUARI. Hasrat Parti Rakyat
Sarawak bagi mendapatkan balik kerusi DUN N.54 Pelagus dari tangan parti
pembangkang bukan khayalan semata-mata. Ahli Parlimen P.216 Hulu Rajang, Y.B.
Tuan Wilson Ugak Kumbong menyeru pengundi di Pelagus agar tidak sekali lagi
dipermainkan parti pembangkang dengan janji kosong semasa Pilihanraya Negeri
yang akan datang. Ugak seorang pemimpin yang berjiwa rakyat dan memahami
masalah rakyat tidak mengira sempadan dan kawasan Parlimen mahu pun DUN
sebaliknya terus berkhidmat membantu masyarakat di Pelagus. “Walaupun Pelagus
bukan dalam kawasan Parlimen Hulu Rajang namun saya sebagai wakil rakyat dari
Parti Rakyat Sarawak tetap membantu mereka setakat yang mampu.” Kata Ugak.
Ugak yang berkunjung ke Rumah Bujah, Nanga Pelagus menyifatkan DUN Pelagus
bagaikan injin sangkut yang beroperasi menggunakan satu palam pencucuh(spark
plug).
“Kita lihat injin sangkut, jika hanya menggunakan satu palam pencucuh,
memang tidak laju perahu yang kita naiki. Namun, sekiranya kedua-dua palam
pencucuh terserbut berfungsi dengan baik, perahu lebih laju dan sampai ke
destinasi dengan cepat.” Kata Ugak.
Beliau berkata demikian mengulas mengenai DUN Pelagus yang hanya bergantung
pada Ahli Parlimen Kapit yang juga Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan
Wilayah untuk membangunkannya. “Seandainya BN menang di Pelagus semasa PRN
nanti, injin sangkut kita akan kembali beroperasi menggunakan dua palam
pencucuh.” Tambah Ugak.
Dari kiri: Wilson Awan, Kr Phillimon, Wilson Ugak, Wilson Nyabong, Jackson Melintang,
Wakil Tr, Penghulu Uga, Stanley Nyitar,Penghulu Salang
Dalam majlis tersebut, Y.B. Wilson Ugak telah menyerahkan cek RM5,000
kepada JKKK Rumah Bujah, Rm3,000.00 kepada Biro Wanita dan Rm5,000.00 kepada
Wanita PRS Pelagus bagi menjalankan aktiviti. Hadir sama Setiausaha Politik
Ketua Menteri Sarawak, Encik Wilson Nyabong Ijang, Setiausaha Sulit Menteri
Kemajuan Tanah Sarawak Encik Yan Masing, Walikota Kapit, Kr. Phillimon Nuing,
Kr. Jackson Melintang, Ketua Penerangan PRS Pelagus Encik Stanley Nyitar,
Wilson Awan, Penghulu Sawing, Penghulu Salang bersama rombongan yang lain.
Dalam masa yang sama, Ugak merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada
semua bakal-bakal calon yang bergerak bersama-sama melobi untuk dicalonkan bagi
bertanding di kerusi DUN N.54 Pelagus. “Apabila kita bersatu, kita menjadi
lebih kuat. Cuma satu nasihat saya, walaupun tidak terpilih sebagai calon, kita
harus membantu calon yang telah dipilih oleh Presiden Parti. Saya tidak mahu
melihat bakal calon bergerak solo. Ini akan menimbulkan lagi prasangka buruk
dan secara tidak langsung akan terbina kumpulan penyokong antara seseorang
calon. ” Jelas Ugak.
Dari Kiri: Penghulu Uga menyampaikan cenderamata kepada YB Wilson Ugak Kumbong sambil diperhatikan
oleh PS. Wilson Nyabong, Kr Phillimon Nuing dan Puan Magdeline Mai Ketua Wanita PRS Pelagus.
Antara bakal calon yang dimaksudkan iaitu PS Wilson Nyabong Ijang, Kr
Phillimon Nuing, Kr Jackson Melintang, Stanley Nyitar dan Wilson Awan yang
sentiasa begerak sama ke mana-mana lokasi di Pelagus.
Ugak juga menyeru semua Yang Berhormat dari Parti Rakyat Sarawak membantu
Pelagus agar kerusi tersebut dapat ditawan kembali semasa PRN yang akan datang.
“Setiap tahun Pelagus hilang Rm1.5 juta yang diperuntukan kepada Wakil Rakyat
Barisan Nasional. Dalam masa 5 tahun berapakah jumlah MRP yang Pelagus dapat
hasil daripada undian semasa pilihanraya?”Kata Ugak.
Ini merupakan kunjungan kali kedua Ugak ke Pelagus selepas Rumah Engking
pada tahun lepas dan destinasi seterusnya ialah Rumah Raba Nanga Pelagus.