
SIBU: Ketua Pemuda
Parti Rakyat Sarawak (PRS) Belaga, Kennedy Chuk Pai berharap wakil rakyat kaum
Orang Ulu diberi pertimbangan sewajarnya untuk menyertai kabinet negeri.
Ini kerana,
katanya, hampir semua projek besar di negeri ini seperti Empangan Hidroelektrik
Bakun, Baram dan Murum melibatkan kaum Orang Ulu.
“Dengan memberikan
peluang dalam kabinet negeri, ia secara tidak langsung turut melibatkan mereka
(wakil rakyat Orang Ulu) merencanakan polisi yang telah dirancangkan oleh
kerajaan,” katanya ketika ditemui semalam.
Katanya, beliau
juga percaya kaum Orang Ulu sangat gembira sekiranya wakil rakyat mereka diberi
pertimbangan menyertai kabinet negeri.
Kennedy berkata,
sejak kematian mendiang Datuk Dr Judson Sakai Tagal, kaum Orang Ulu tidak
mempunyai wakil dalam kabinet negeri.
Barisan Nasional
(BN) pada pilihan raya negeri lalu berjaya mempertahankan kerusi di kawasan
kaum Orang Ulu, antaranya Telang Usan, Batu Danau dan Belaga.
Bagi kerusi DUN Ba’
kalalan, calon BN Willie Liau tewas kepada calon Parti Keadilan Rakyat (PKR)
Baru Bian dengan majoriti tipis.
Sumber: http://bakobafc.blogspot.com/2011/04/libatkan-orang-ulu-dalam-kabinet.html