Ahad, 16 Jun 2013

Pembangkang Hanya Tahu Bercakap Kosong


KAPIT:15 JUN. Setelah sebulan dilantik menjadi wakil rakyat di kawasan P.216 Hulu Rajang, Yang Berhormat Tuan Wilson Ugak Kumbong memulakan lawatan pertamanya ke Rumah Juin Anak Likong Melekun Balleh, Kapit sempena Majlis Penutupan Gawai Dayak atau lebih dikenali dengan Majlis Ngiling Bidai. Terdahulu beliau telah merasmikan mesyuarat tahunan Persatuan Bekas Tentera di Dewan Suarah Kapit pada sebelah pagi. Pada jam 11.00 pagi pula beliau merasmikan Majlis Ngiling Bidai di Tabika Kemas Kampong Sawang.
Dalam ucapannya, beliau menyeru agar rakyat sentiasa berdiri teguh di bawah kepimpinan Y.A.B Perdana Menteri dan menyokong penuh Parti Barisan Nasional pada setiap masa.
“Jangan terpengaruh dengan kata-kata pihak pembangkang yang hanya tahu memburukan kerajaan namun tidak tahu bagaimana nak memajukan kawasan sendiri. Wakil rakyat parti pembangkang hanya pandai menabur janji namun tidak untuk mengotakannya. Lihat sahaja tragedi bot karam, mereka melihat kemalangan sebagai satu gurauan. Nyawa yang melayang dianggap satu permainan politik. Beginikah wakil rakyat yang harus dipilih? Jangankan nak menyumbang dan menghulurkan bantuan kepada mangsa, malah batang hidung pun tak nampak.”  Tegas beliau.
Beliau mengulas demikian kerana kecewa dengan sikap wakil rakyat parti pembangkang yang sering kali menyalahkan kerajaan berhubung isu tragedi bot ekspres karam di Giam Bungan Belaga pada 27 Mei yang lalu.

Tambahnya lagi, “Saya cabar YB parti pembangkang untuk turun padang menyelesaikan masalah rakyat dan bukannya goyang kaki dalam bilik berhawa dingin. Ini bukan masa untuk wakil rakyat bersenang lenang. Semasa pilihan raya bukan main lagi meraih undi ke sana ke mari namun bila dah menang hanya mampu menyumbang untuk orang meninggal. Adakah kita sebagai wakil rakyat hanya berkhidmat hanya semasa orang meninggal sahaja dengan menghulur derma dalam lingkungan Rm200?”
Beliau berjanji akan meneruskan agenda pembangunan di kawasan Hulu Rajang dan akan sentiasa membawa masalah-masalah yang dihadapi penduduk ke Dewan Rakyat untuk diketengahkan.
Semasa majlis tersebut, beliau mengumumkan peruntukan MRP sebanyak Rm 15,000 kepada JKKK Rh Juin dan Rm 5,000 kepada Biro Wanita, Rm 15,000 kepada JKKK Rh Gawan, Rm 15,000 kepada JKKK Rh Jarau di Melekun. Juga tambahan Rm 15,000 lagi untuk menaik taraf jalan masuk ke tiga buah rumah panjang tersebut.
Terdahulu, beliau telah mengumumkan peruntukan sebanyak Rm 20,000 bagi membaiki dan menguruskan Tabika Kemas dan Rm15,000 pula diberikan kepada JKKK Kampong Sawang.
Wilson Ugak mengakui dirinya berasal dari rumah panjang dan sentiasa peka dengan nadi rakyat d kawasan Hulu Rajang. Beliau mengingatkan rakyat agar tidak merasa janggal untuk bertemu beliau dan meluahkan apa saja masalah yang berlaku di kawasan masing-masing.
“Semasa PRU13 yang lalu, rakyat Hulu Rajang telah mengorbankan 15 hari masa bersama keluarga untuk membantu saya berkempen. Dan kini, adalah menjadi tanggungjawab saya membalas jasa pengundi-pengundi dalam tempoh 4 tahun akan datang dan menunaikan janji, kerana janji Barisan Nasional Janji Ditepati.” Tambah beliau.