Isnin, 8 Julai 2013

Ngiling Bidai Di Rumah Ugap, Ng. Merating


 
KAPIT: 6 JULAI. Majlis ngiling bidai di Rumah Udap, Nanga Merating telah disempurnakan oleh YB Tuan Wilson Ugak Kumbong di mana majlis tersebut bukan sahaja di hadiri masyarakat sekitar kawasan Bena malah turut dihadiri tuai rumah dari Mujong, Balleh dan Gaat.

Dalam ucapannya, YB Wilson Ugak berterima kasih kepada semua pengundi di kawasan tersebut kerana telah memilih beliau sebagai wakil rakyat mereka. Beliau menyeru semua pengundi agar memberikan sokongan yang sama semasa PRN Sarawak kepada calon PRS BN di Kawasan N.56 Balleh yang akan datang.

Ugak juga mengalu-alukan semua pengundi yang mengundi parti pembangkang agar kembali menyokong Barisan Nasional.

“Saya ingin menyatakan pada pengundi yang lain, kembalilah menyokong Barisan Nasional. Berubahlah dengan cara yang betul bersama-sama kepimpinan Barisan Nasional.” Kata beliau.


 

Tambahnya lagi,” Saya menyeru semua penjawat awam di kawasan P.216 Hulu Rajang agar bekerja bersama-sama saya begitu juga dengan NGO’s. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Kita bekerja di kawasan yang sama, oleh itu kita mesti bekerjasama. Penghulu, Tuai Rumah dan semua ketua masyarakat juga harus peka terhadap masalah penduduk di bawah jagaan masing-masing. ”

Dalam majlis tersebut, Ugak telah mengumumkan MRP Rm20,000 kepada JKKK Rh Ugap manakala Rm5,000 kepada biro wanita rumah panjang tersebut.

Selesai majlis rasmi, Ugak juga mengadakan dialog bersama tuai rumah bagi membincangkan masalah yang dihadapi oleh rumah panjang masing-masing. Beliau ingin masalah dan rintihan penduduk disampaikan oleh tuai rumah agar dapat dipertimbangkan cara mengatasi masalah tersebut. Seramai 36 orang tuai rumah dan wakil yang menyertai dialog tersebut.