Selasa, 18 Februari 2014

Rumah Bujah Nanga Pelagus

Ugak di sambut dengan penuh rasa gembira oleh penduduk Rumah Bujah.

PELAGUS: Ahad 17 FEBRUARI. Hasrat Parti Rakyat Sarawak bagi mendapatkan balik kerusi DUN N.54 Pelagus dari tangan parti pembangkang bukan khayalan semata-mata. Ahli Parlimen P.216 Hulu Rajang, Y.B. Tuan Wilson Ugak Kumbong menyeru pengundi di Pelagus agar tidak sekali lagi dipermainkan parti pembangkang dengan janji kosong semasa Pilihanraya Negeri yang akan datang. Ugak seorang pemimpin yang berjiwa rakyat dan memahami masalah rakyat tidak mengira sempadan dan kawasan Parlimen mahu pun DUN sebaliknya terus berkhidmat membantu masyarakat di Pelagus. “Walaupun Pelagus bukan dalam kawasan Parlimen Hulu Rajang namun saya sebagai wakil rakyat dari Parti Rakyat Sarawak tetap membantu mereka setakat yang mampu.” Kata Ugak.
Ugak yang berkunjung ke Rumah Bujah, Nanga Pelagus menyifatkan DUN Pelagus bagaikan injin sangkut yang beroperasi menggunakan satu palam pencucuh(spark plug).
“Kita lihat injin sangkut, jika hanya menggunakan satu palam pencucuh, memang tidak laju perahu yang kita naiki. Namun, sekiranya kedua-dua palam pencucuh terserbut berfungsi dengan baik, perahu lebih laju dan sampai ke destinasi dengan cepat.” Kata Ugak.
Beliau berkata demikian mengulas mengenai DUN Pelagus yang hanya bergantung pada Ahli Parlimen Kapit yang juga Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah untuk membangunkannya. “Seandainya BN menang di Pelagus semasa PRN nanti, injin sangkut kita akan kembali beroperasi menggunakan dua palam pencucuh.” Tambah Ugak.
Dari kiri: Wilson Awan, Kr Phillimon, Wilson Ugak, Wilson Nyabong, Jackson Melintang,
                                         Wakil Tr, Penghulu Uga, Stanley Nyitar,Penghulu Salang

Dalam majlis tersebut, Y.B. Wilson Ugak telah menyerahkan cek RM5,000 kepada JKKK Rumah Bujah, Rm3,000.00 kepada Biro Wanita dan Rm5,000.00 kepada Wanita PRS Pelagus bagi menjalankan aktiviti. Hadir sama Setiausaha Politik Ketua Menteri Sarawak, Encik Wilson Nyabong Ijang, Setiausaha Sulit Menteri Kemajuan Tanah Sarawak Encik Yan Masing, Walikota Kapit, Kr. Phillimon Nuing, Kr. Jackson Melintang, Ketua Penerangan PRS Pelagus Encik Stanley Nyitar, Wilson Awan, Penghulu Sawing, Penghulu Salang bersama rombongan yang lain.
Dalam masa yang sama, Ugak merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada semua bakal-bakal calon yang bergerak bersama-sama melobi untuk dicalonkan bagi bertanding di kerusi DUN N.54 Pelagus. “Apabila kita bersatu, kita menjadi lebih kuat. Cuma satu nasihat saya, walaupun tidak terpilih sebagai calon, kita harus membantu calon yang telah dipilih oleh Presiden Parti. Saya tidak mahu melihat bakal calon bergerak solo. Ini akan menimbulkan lagi prasangka buruk dan secara tidak langsung akan terbina kumpulan penyokong antara seseorang calon. ” Jelas Ugak.
                      Dari Kiri: Penghulu Uga menyampaikan cenderamata kepada YB Wilson Ugak Kumbong sambil diperhatikan 
                                     oleh PS. Wilson Nyabong, Kr Phillimon Nuing dan Puan Magdeline Mai Ketua Wanita PRS Pelagus.

Antara bakal calon yang dimaksudkan iaitu PS Wilson Nyabong Ijang, Kr Phillimon Nuing, Kr Jackson Melintang, Stanley Nyitar dan Wilson Awan yang sentiasa begerak sama ke mana-mana lokasi di Pelagus.
Ugak juga menyeru semua Yang Berhormat dari Parti Rakyat Sarawak membantu Pelagus agar kerusi tersebut dapat ditawan kembali semasa PRN yang akan datang. “Setiap tahun Pelagus hilang Rm1.5 juta yang diperuntukan kepada Wakil Rakyat Barisan Nasional. Dalam masa 5 tahun berapakah jumlah MRP yang Pelagus dapat hasil daripada undian semasa pilihanraya?”Kata Ugak.

Ini merupakan kunjungan kali kedua Ugak ke Pelagus selepas Rumah Engking pada tahun lepas dan destinasi seterusnya ialah Rumah Raba Nanga Pelagus.