Selasa, 19 Mac 2013

55 Bekas Ahli PKR Sertai PRS


DSC02254.JPG
Kapit:Bertempat di kediaman rasmi YB Tan Sri Dr James Jemut Masing,Menteri Kemajuan Tanah Sarawak telah berlangsung upacara penyerahan borang masuk PRS daripada 55 orang bekas PKR yang diketuai oleh Encik Lamau Jenggut dan Encik Rimau.

Dalam ucapan beliau,Tan Sri Dr James Jemut Masing mengucapkan selamat kembali kepada bekas penyokong PKR yang pada pendapat beliau merupakan satu tindakan yang amat bijak demi untuk kemajuan yang berterusan yang hanya dapat dikecapi dengan menyokong Kerajaan Barisan Nasional dibawah pimpinan YAB Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak dan YAB Ketua Menteri Sarawak Pehin Seri Taib Mahmud.

Kumpulan bekas penyokong PKR telah menyatakan sokongan padu kepada Barisan Nasional dan akan menyokong calon yang dipilih oleh Parti Rakyat Sarawak (PRS) yang akan mewakili Barisan Nasional di kerusi P216 Hulu Rejang pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Dalam ucapan ringkas wakil kumpulan bekas ahli PKR,Encik Jegai telah menyatakan sokongan padu kepada anak tempatan yang disebut sebut akan dicalonkan oleh PRS bagi menggantikan YB Datuk Billy Abit Joo yang mewakili BN bagi P216 Hulu Rejang iaitu Encik Wilson Ugak Kumbong. Encik Wilson Ugak Kumbong merupakan Setiausaha Sulit kepada YB Tan Sri Dr James Jemut Masing,juga bekas Setiausaha Politik kepada YAB Ketua Menteri Sarawak dan merupakan Ahli Majlis Tertinggi Parti Rakyat Sarawak.