Selasa, 19 Mac 2013

Jentera PRS P.216 Hulu Rajang Sudah Bersedia

IMG_1484.JPG



KAPIT: Walaupun pembubaran parlimen belum di lakukan oleh YAB Perdana Menteri, namun Jentera PRS Hulu Rajang sudah pun di hidupkan. Anggota parti sedang rancak menziarahi ceruk dan pelusuk kawasan Parlimen Hulu Rajang.

Keadaan ini amat membimbangkan pihak pembangkang yang cuba untuk bertanding di kerusi parlimen tersebut. Setiap kali pihak pembangkang cuba menyelinap masuk ke rumah panjang di parlimen Hulu Rajang, sambutan yang diberikan kurang memuaskan. Sehinggakan mereka hanya mampu bertahan untuk beberapa jam sahaja berada di rumah panjang tersebut.

Hasrat PKR mahu pun SWP merampas kerusi Parlimen Hulu Rajang hanya angan-angan kosong yang sudah pasti tidak akan tercapai. Rakyat sudah jemu dengan janji-janji manis yang ditabur pihak pembangkang.

Siapakah calon PRS yang akan diumumkan oleh YAB Perdana Menteri nanti sudah pasti calon yang berwibawa dan berpengalaman sama ada sebagai wakil rakyat sebelumnya atau sebagai penggerak kempen pilihanraya PRS lima atau enam penggal terdahulu di Parlimen hulu rajang.

Yang pasti semua anggota PRS telah bersedia walaupun jika YAB Perdana Menteri mengumumkan pembubaran parlimen hari ini juga. Gelombang Biru sudah lama melanda Hulu Rajang dan kepercayaan rakyat pada pimpinan YB. Tan Sri Dr. James Jemut Masing semakin meningkat walaupun ada pihak yang cuba memburukkan pimpinannya.

Apa yang pasti, Pemuda, Wanita dan keluarga PRS Hulu Rajang sudah bersedia sepenuhnya dalam menghadapi PRU13 yang semakin hampir.