Rabu, 13 Mac 2013

Eksklusif: Pemimpin BN Sarawak akan sertai pembangkang....


Menjelang Pilihan Raya pasti ada saja maklumat yang mengejutkan, samada pihak pembangkang melompat untuk bersama BN, atau pemimpin BN yang berpaling tadah, semuanya kerana alasan tidak dicalonkan oleh pucuk pimpinan parti.

Terkini, maklumat yang dihantar melalui email kepada saya membayangkan terdapat pemimpin Barisan Nasional sedang berkira-kira untuk melakukan lompatan kontroversi dalam waktu yang terdekat ini.

Ahli Parlimen Hulu Rajang selama lima penggal, Datuk Billy Abit Joo yang tidak dicalonkan semula oleh pucuk pimpinan PRS pada PRU akan datang, dikatakan telah mengambil langkah untuk bersekongkol dengan Sarawak Workers Party (SWP). 

SWP adalah parti baru yang bertekad untuk menjahanamkan PRS dalam PRU ke 13. 


Menurut sumber tersebut, Datuk Billy yang juga Naib Presiden PRS telah dihubungi sendiri oleh Datuk Sng Chee Hua untuk proses 'tawar menawar'.

Datuk Sng Chee Hua adalah penaja dan bapa kepada Presiden SWP Larry Sng.

Apakah Datuk Billy benar-benar berminat dengan tawaran Datuk Sng dan seterusnya menyertai SWP?

Namun, cerita di lapangan sedang berlegar tentang kemungkinan besar beliau akan mengkhianati Barisan Nasional akibat kecewa tidak dicalonkan semula. Bahkan mungkin Datuk Billy akan tampil sebagai calon Bebas sekiranya SWP tidak memberi 'ruang' yang sewajarnya.

Samada maklumat tersebut benar atau tidak, semua akan terjawab menjelang hari penamaan calon.

Mungkin yang paling menarik adalah pertembungan dramatik antara SWP dan Parti Rakyat Sarawak (PRS) yang akan menentukan parti mana lebih dipercayai masyarakat dayak. .

Untuk rekod, PRS pimpinan Tan Sri Dr James Masing adalah satu-satunya parti politik di Sarawak yang dianggotai sepenuhnya oleh kaum dayak.

Sumber: Melanau Blogger