Selasa, 19 Mac 2013

MAJLIS PEMIMPIN BERSAMA RAKYAT DI RH BANSA LEPONG GAAT BALEH KAPIT


motong ribbon.JPG

Kapit:19 Februari 2012
Satu Majlis Pemimpin Bersama Rakyat yang di rasmikan oleh Encik Wilson Ugak Kumbong (Setiausaha Sulit kepada YB Tan Sri Dr James Jemut Masing) yang mewakili YB Tan Sri Menteri Kemajuan Tanah Sarawak telah diadakan di Rumah Bansa Lepong Gaat Baleh Kapit pada malam 19 hb Februari 2012 .Ini adalah  siri Jelajah kesinambungan  lawatan dan memperkenalkan diri Encik Wilson Ugak Kumbong yang disebut- sebut akan menjadi wakil calon Barisan Nasional (PRS) bagi kerusi Parlimen P216 Hulu Rajang bagi menggantikan penyandang ;YB Datuk Billy Abit Joo dalam Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Dalam ucapannya,Encik Wilson Ugak menerangkan keikhlasan Kerajaan Barisan Nasional yang amat perihatin kepada semua rakyat dengan memberi  pelbagai bantuan dan kemudahan kepada rakyat tanpa mengira ideologi politik ,bangsa dan agama.Contoh yang paling ketara ialah Bantuan Rakyat 1 Malaysia dimana semua isi ruang bilik yang berpendapatan kurang dari RM3,000.00 sebulan layak mendapat bantuan dan bagi yang masih tercicir dan gagal dalam permohonan mereka,nasihat beliau segera membuat rayuan sebelum 15-03-2012 .Inilah peluang terbaik bagi yang masih belum berbuat demikian.Beliau juga menawarkan   diri untuk menjadi calon Barisan Nasional bagi kerusi P216 Hulu Rajang pada PRU ke 13 nanti dan disambut dengan tepukan gemuruh hadirin sebagai tanda sokongan mereka kepada hasrat murni beliau itu dan semua  tuai rumah dan hadirin sebulat suara menyokong beliau untuk dicalonkan sebagai calon BN bagi kerusi P216 Hulu Rajang dalam PRU 13 nanti.
mancak babi.JPG
Setiausaha Politik kepada YAB Ketua Menteri Sarawak;Puan Angeline Umis Tujoh dalam ucapannya menyeru penduduk setempat supaya jangan mendengar hasutan pembangkang yang hanya pandai bermain politik lidah sahaja dan hanya tahu memburukkan Kerajaan BN sedangkan mereka (pembangkang) tidak mampu berbuat apa yang telah Kerajaan BN buat kepada rakyat.Beliau juga menyeru semua tuai rumah dan penduduk setempat supaya menyokong calon Barisan Nasional pada pilihanraya Umum ke-13 ini nanti.

Seramai 20 tuai rumah menghadiri Majlis tersebut yang datangnya dari seluruh Sungai Gaat,Ng Sebetong hingga Ng Setaba Baleh.Majlis malam itu juga diserikan lagi dengan kehadiran 2 orang penyanyi jemputan ;Jessica Timah dan Gilbert Gaong.Telatah licik kedua penyanyi ini mencuit semua hadirin yang dianggarkan seramai 700 orang membanjiri Rh Bansa Ng Sebilat Lepong Gaat Baleh Kapit pada malam itu.

Turut hadir pada malam itu ialah Pegawai Daerah Kapit;Encik Elvis Didit,Encik Koh Kumbong;Pegawai Informasi Bahagian Kapit,Penolong Pegawai Kesihatan Kapit;Encik Seta Engkah,Johnny Kasau;wakil dari Jabatan tanah dan Survei Kapit,Penghulu Bunsu Gerinang,Bakat Gira ;Ketua Pemuda PRS Baleh,Tr Gare Timbang;Ketua Publisiti PRS Baleh,penyokong serta exco PRS Baleh.