Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa berceramah di Uma Badeng
UMA BADENG, BELAGA- Ceramah Perdana Anwar di Uma Badeng
semalam membuka mata dan hati penduduk Uma Badeng betapa kosongnya bicara Si
Anwar Ibrahim. Ini Kali ke-2 Anwar melontarkan janji kosong di Rumah Badeng
selepas lawatan beliau pada 2008 cakap kosong belaka.
Semua Pengikut PKR yang membawanya ke Uma Badeng pada 2008 tidak
kelihatan malah sudah keluar dari PKR. Oleh itu, sambutan oleh penduduk Uma
Badeng sangat suram.
Menurut rancangan PKR sebelum ini, Ceramah Perdana ini sepatutnya
diadakan di Rumah Ketua PKR Cabang Uma Badeng Encik Lee. Namun telah ditolak
mentahan. Kemudiannya di pindah ke Blok C, Namun ceramah itu juga ditolak. Abun
Sui (Calon PKR HR) juga cuba meminta simpati Blok D, Namun ditolak oleh Ketua
Blok D.
Yang hadir kebanyakan dari Suai Miri
Alangkah memalukan Ceramah Perdana oleh Ketua Pakatan ditolak-tolak
seperti ini.Pada mulanya Ceramah ini ditancang juga untuk di adakan di Uma
Bakah, Sungai Koyan. Dukacitanya penduduk Uma Bakah telah menolak dan memboikot
Program-program PKR.
Ini terbukti semalam apabila tiada seorangpun kelibat penyokong PKR dari
Uma Bakah hadir dalam ceramah Anwar semalam walaupun jarak Uma Bakah dan Uma
Badeng boleh jalan kaki.
Ada sumber mengatakan bahawa ada krisis yang akan dibongkarkan oleh
seorang pengikut kuat (Pengarah Operasi Program PKR) dari Uma Bakah akan
dikeluarkan yang telah menyebabkan Uma Bakah kini tidak menyokong PKR. NANTIKAN
YA!!!!!!!!
Balik kepada Cerita Ceramah Anwar di Uma Badeng Semalam. Peserta yang
hadir ke ceramah ramai dari luar Uma Badeng dan Asap. Mereka yang datang dari
Suai Miri paling ramai memeriahkan suasana sedang ketua Blok atau ketua rumah
bilik tempat ceramah tidak kelihatan.
Abun Sui kelihatan semakin terdesak untuk mencari
penyokong-penyokongnya, Semua penyokong kuat PKR selama ini semakin beralih
Angin nampaknya.
Namun mungkin kita perlu belajar dari perkara ini dan balik semula
kepada cara kita, adat kita dan budaya kita. Kita punyai struktur sosial yang
harus di hormati. Politik PKR yang sedang dibawa ini sepertinya tidak
memperduli dan menghormati Cara Orang Kita.
Apapun Ceramah Semalam tidak mungkin memabawa kesan kepada pengundi Uma
Badeng kerana ini terbukti selepas lawatan Anwar kali pertama dulu....Uma
Badeng tetap menyokong Kerajaan Barisan Nasional.