Rabu, 20 Mac 2013

Tr Hulu Rajang Patut Ikuti Pendirian TR Tawi


ENGKILILI: Tuai Rumah Tawi Ragai, Duri Bangat, Lidong kesal dengan keberanian Presiden Parti Pekerja Sarawak (SWP) Larry Sng mengeluarkan kenyataan bohong yang menyatakan bahawa beliau (Tawi) bertengkar dengan anak buahnya dan enggan menerima mereka berkempen di rumah panjangnya pada 15 Mac lalu.
Menurutnya, belum lagi menjadi wakil rakyat sudah berani membohongi rakyat. Lantaran itu, beliau menyeru orang ramai agar jangan sekali-kali menyokong orang seperti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti.
“Belum lagi jadi wakil rakyat kami sudah pandai berbohong dan apa akan terjadi andai kata dia dipilih menjadi wakil rakyat, sudah tentu berperangai lebih teruk lagi.
“Jadi sebelum kita semua menjadi mangsa Larry, lebih baik kita singkirkan dia pada PRU13 nanti,” katanya di sini semalam.
Beliau berkata demikian ke-tika diminta mengulas kenya-taan Larry yang mendakwa dia (Tawi) bertengkar dengan penduduk rumahnya kerana enggan menerima rombongan Larry berkempen di rumah panjangnya.
Menurut Tawi, dakwaan Larry yang menyatakan bahawa separuh penduduk ru-mah panjang sudah menjadi ahli SWP adalah tidak benar sama sekali.
“Apa yang sebenarnya berlaku SWP mengumpul kad pengenalan kebanyakan warga emas di rumah panjangnya dengan mengatakan untuk mendapat insurans.
“Selepas itu, mereka diberikan kad ahli dan dibayar RM30 seorang. Itu adalah tipu muslihat mereka,” dakwa-nya.
Sehubungan itu, Tawi ber-sedia mengembalikan kad ahli itu kepada parti itu untuk membuktikan bahawa anak buahnya enggan bersama SWP.
Hanya seorang sahaja anak buahnya menyokong SWP dan yang lainnya adalah penyokong kuat Barisan Nasional (BN).
“Saya tidak bertengkar dengan anak-anak buah saya, hanya saya beritahu bahawa jangan bawa SWP ke rumah panjang ini.
“Kalau ingin mendapat sokongan politik buat kenya-taan yang benar bukannya mengeluarkan kenyataan yang tidak benar seperti itu,” tegasnya.
Tawi berkata, beliau enggan menerima SWP berkempen di rumah panjangnya kerana kebanyakan kandungan ucapan penceramahnya ketika ber-ucap memburukkan peribadi wakil rakyat BN.
“Inilah kami tidak suka dan tambahan pula kami masih memerlukan pembangunan kerana hanya BN sahaja yang mampu membela nasib rakyat di negeri ini,” katanya.
Pada 15 Mac lalu, Larry bersama beberapa anggota parti termasuk bekas Ahli Parlimen Lubok Antu Jawah Gerang datang ke Rumah Tawi untuk berkempen tetapi usaha mereka dihalang tuai rumah itu.
Dalam perkembangan sama, pada 14 Mac lalu per-kara yang sama berlaku di Rumah Empading Bunu, Engkilili apabila tuai rumah di situ tidak membenarkan rombongan SWP diketuai Datuk Sng Chee Hua bersama Jawah menggunakan ruainya sebagai lokasi berkempen.

Sumber: Borneo Post